TENTANG KLINIK IRIS

Klinik Wanita & Keluarga Yang Anda Boleh Percayai

Terletak di Bandar Seri Putra, Klinik Iris komited menyediakan penjagaan kesihatan yang profesional dan penuh kasih sayang, untuk anda dan seluruh keluarga, pada setiap peringkat kehidupan.

Doktor Klinik Iris merawat bayi
5,000+ Keluargamempercayai kami
KISAH KAMI

Semuanya bermula dengan satu soalan mudah:

"Kenapa penjagaan kesihatan yang baik mesti jauh, mahal dan tergesa-gesa?"

Klinik Iris ditubuhkan untuk menjawab soalan itu, sebuah klinik wanita & keluarga yang profesional tetapi penuh kasih sayang, dekat dengan rumah, dan buka apabila anda benar-benar memerlukannya.

Hari ini, 5,000+ keluarga menjadikan kami pilihan pertama mereka, untuk penjagaan kehamilan, vaksinasi anak-anak, pengurusan berat badan dan rawatan harian. Dan bagi kami, setiap satunya adalah amanah.

MISI KAMI

Penjagaan kesihatan yang selamat, mudah diakses dan penuh belas kasihan, untuk wanita dan keluarga, pada setiap peringkat kehidupan.

5,000+Keluarga Mempercayai Kami
4.9★1,300+ Ulasan Google
15 Jam8 pagi–11 malam

Apa Yang Kami Perjuangkan

Empat prinsip yang kami pegang pada setiap kunjungan, tanpa kecuali.

Penyayang

Kami layan setiap pesakit seperti keluarga sendiri, didengari dulu, dirawat kemudian.

Profesional

Rawatan berasaskan bukti, mengikut garis panduan, dalam persekitaran yang bersih dan selesa.

Utamakan Keluarga

Dari bayi baru lahir hingga warga emas, penjagaan yang direka untuk seisi rumah.

Mudah Diakses

Buka setiap hari 8 pagi–11 malam. Walk-in dialu-alukan, WhatsApp pun boleh.

Datanglah, Kami Sedia Menyambut Anda.

Tempah temujanji, WhatsApp kami, atau terus datang. Pintu kami terbuka setiap hari.

Tempah Temujanji WhatsApp

Lawati Kami

37G, Jalan Seri Putra 1/10, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor.
8:00 pagi - 11:00 malam (Setiap Hari)