Rawatan nebulizer dan suction untuk dewasa dan kanak-kanak, melegakan batuk berkahak, hidung tersumbat dan sesak nafas dengan selamat, di klinik.
Nebulizer dan suction membantu apabila batuk berkahak, hidung tersumbat atau sesak nafas menyukarkan pernafasan, terutamanya pada bayi dan kanak-kanak.
Rawatan ini melegakan dengan cepat dan selamat, membersihkan saluran udara supaya bernafas menjadi lebih mudah.
Doktor memilih rawatan yang sesuai, nebulizer, suction, atau kedua-duanya, mengikut keperluan anda.
Doktor menilai pernafasan anda dan menentukan rawatan yang paling sesuai.
Jika sesak nafas atau berdehit, ubat wap halus melegakan saluran udara.
Jika berkahak atau berlendir, kahak dibersihkan dengan selamat.
Pernafasan dipantau sehingga anda berasa lebih lega.
Datang terus (walk-in) atau tempah temujanji, kami buka setiap hari 8 pagi hingga 11 malam.